Saturday, April 4, 2009

Reformis dunia ISLAM




"surat ini daripada Umar bin al-Khatttab kepada Abu Ubaidah al-Jarrrah. Kamu perlu menakluk Damsyik terlebih dahulu kerana ia adalah benteng dan pintu masuk ke Syam. Kemudian terus mara ke palestin dan Jordan. Biarkan Maharaja Rom dan tenteranya sibuk membuat persiapan berperang di kota Fihl. Sekiranya mereka meninggalkan kota Fihl bagi mengejar kamu segeralah menuju ke kota Fihl. Selepas kota Fihl ditakluk, lantik Syarhabil bin Hasanah bagi menakluk Jordan dan Amru al-Ash menakluk Palestin. Dan kamu bersama-sama Khalid al-Walid terus menuju ke Hims. Apabila tiba di Hims tunggu perintah daripada saya seterusnya"



Begitulah isi surat Umar bin al-Khattab kepada panglima Ubaidah al-Jarrah, yang baru sahaja memenangi tentera Pom di Yarmuk. Tentera Rom yang berlipat kali ganda lebih ramai daripada tentera Islam dapat dikalahkan dengan semangat Jihad yang kuat disertai keyakinan yang begitu teguh.



Disamping mempunyai Khalifah yang tegas dan mahir dalam peperangan, kejayaan umat islam dapat dicapai dengan penyusunan strategi yang begitu teliti dan rapi. Terserlah, betapa peri pentingnya pentadbiran yang teratur dalam meraih kejayaan di dalam sesuatu bidang.



Kejayaan Umar al-Khattab menawan 2/3 dunia di waktu zaman pemerintahannya sebagai khalifah Islam yang ke-2. Sejarah ini amat penting dan perlu diambil Ikhtibar oleh semua pejuang-pejuang masa kini. Kecekapan Umar al-Kattab melantik dan memilih panglima-panglima di setiap medan peperangan membantu kemenangan Islam walaupun siapa yang dilawannya.



Selain itu, mengenal pasti kawasan dan ketua musuh juga faktor yang dititik beratkan oleh Umar al-Khattab dalam menyusun strategi perang. Sebagai pendakwah dan pejuang Islam kini, kita juga harus melihat aspek ini dalam menyebarkan Islam.



Bersama menghayati sejarah para sahabat dalam menyebarkan Islam di seluruh dunia.






merayulah pd ALLAH dgn
berSABAR dan berDOA

.









1 comment:

Nurul Izzatie Aziz,Kedah said...

Salam,sahabatku..
tahniah!!!
kita dah berjaya sambut seruan pertama ana..
seruan kedua? revealed address blog dalam Abarai Renji,amacam?