Salam kemenangan...
Tahniah kepada semua rakyat Perak terutama di Bukit Gantang. Kejayaan mereka dalam memilih pemimpin ummah yang betul. Dengan kemenangan Ir Nizar melawan Ismail Saffian, jelas membuktikan rakyat masih menyokong Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sebenar. Sekaligus menunjukkan rakyat masih tidak mahu menerima Zamri sebagai Menteri Besar mereka.
Keputusan penuh p.056
Bukit Gantang
Rakyat tidak memandang dan menerima bulat-bulat gula-gula PM Malaysia ke-6. Kerana sudah masak dengan tektik-tektik lama pimpinan BN dalam meraih undi, walaupun perlantikan PM yang baru sahaja berlangsung tidak kurang seminggu. Tambahan pula, nama buruk Najib berkaitan kes Altantuya yang tersebar luas menyebabkan rakyat tidak percaya dengan janji-janji manisnya lagi, apatah lagi untuk mengharapkannya menjadi PM yang disayangi.
Kemenangan ini merupakan petanda dan bukti rakyat Perak mahu pembubaran Dewan Undangan Negeri supaya PRU seluruh negeri diadakan semula. Rakyat menolak dari dipimpin oleh perasuah.
Merayulah pada ALLAH dengan SABAR dan berDOA
.
.
No comments:
Post a Comment