Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib

Akhirnya, selepas 3pm hari ini, tertubuh jua kabinet baru, setelah pending beberapa hari.



Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Razak



Timbalan Perdana Menteri -

Tan Sri Muhyiddin Yassin



Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Perpaduan & Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - Perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi

Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - Hal Ehwal Islam



Timbalan-timbalan Menteri:

Datuk Liew Vui Keong

Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Datuk SK Devamany

Ahmad MaslanT Murugiah



Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Razak



Menteri Kewangan II

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)

Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)



Menteri Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)

Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)



Menteri Pengangkutan

Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)



Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Tan Sri Bernard Dompok

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)



Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Jelaing Mersat (timbalan)



Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)

Senator Heng Seai Kie (timbalan)



Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Datuk Peter Chin Fah KuiNoriah Kasnon (timbalan)


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek (timbalan)

Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)



Menteri Pengajian Tinggi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)

Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Dr Maximus Ongkili

Fadillah Yusof (timbalan)



Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)



Menteri Pelancongan

Datuk Ng Yen Yen

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)

Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)



Menteri Pertahanan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)



Menteri Kerja Raya

Datuk Shaziman Abu Mansor

Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)



Menteri Kesihatan

Datuk Liow Tiong Lai

Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)



Menteri Belia dan Sukan

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Wee Jeck Seng (timbalan)



Menteri Sumber Manusia

Datuk Dr S Subramaniam

Datuk Maznah Mazlan (timbalan)




Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Datuk Lajim Ukin (timbalan)



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Seri Sharizat Jalil

Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)



Menteri Luar

Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)

Datuk Lee Chee Leong (timbalan)



Menteri Wilayah Persekutuan

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Datuk M Saravanan (timbalan)




Moga MALAYSIA semakin maju dan membangun mengikut landasan yang sebenar (ISLAM) dengan perlantikan pemimipin-pemimpin yang baru

ameen....













merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan berDOA













Wednesday, April 8, 2009

Di sini BUKAN garis penamat

Salam sejahtera..



TAHNIAH!!!

TAHNIAH!!

TAHNIAH!









Tahniah, kepada IR Nizar atas sokongan rakyat yang membawa kemenangan kepada pemimpin Islam. Kemenangan ini bukan satu kejayaan yang harus dibanggai atau disanjungi melangit tinggi. Sebagai pemenang harus mengisi kemenangan dengan tanggungjawab dan amanah yang berat untuk dipikul bukan seorang diri.


''Maka, bertasbihlah memuji ALLAH dan berIstikhfar mohonlah ampunan daripadaNYA"






سبحان الله العطيم وبحمده




أستغفر الله العطيم الذى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه








Sebagai penyokong dan pendokong perjuangan yang mulia ini, sama-sama kita bangkit dan melangkah menuju kepada Redho-NYA dalam apa jua keadaan. Tidak kira di atas, di bawah, di tepi, di kiri dan di kanan.


Bagiku, seorang pejuang di atas meja dan dalam dewan, harus cukup bersedia dengan pena yang tajam dan berdakwat. Jika tidak, tiada erti sebagai pejuang ke medan juang tanpa persiapan.




Exam,oh exam..
kau datang dan pergi dengan tidak sengaja
hadirmu, memberi kematangan kepadaku..


ohw! cukup2.. tiada waktu untuk berpuisi. Masa untuk study...



hari-Hari pentingku


9am, 11 April 2009, SEMINAR ROOM 2&3 (CAC) [19]


9am,16 April 2009, FOYER 1 (CAC) [78]


9am,18 April 2009, CONF. ROOM 1&2 (CAC) [43]












merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan
berDOA










Gula-gula Najib tidak dihiraukan











Salam kemenangan...




Tahniah kepada semua rakyat Perak terutama di Bukit Gantang. Kejayaan mereka dalam memilih pemimpin ummah yang betul. Dengan kemenangan Ir Nizar melawan Ismail Saffian, jelas membuktikan rakyat masih menyokong Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sebenar. Sekaligus menunjukkan rakyat masih tidak mahu menerima Zamri sebagai Menteri Besar mereka.













Keputusan penuh p.056


Bukit Gantang














Rakyat tidak memandang dan menerima bulat-bulat gula-gula PM Malaysia ke-6. Kerana sudah masak dengan tektik-tektik lama pimpinan BN dalam meraih undi, walaupun perlantikan PM yang baru sahaja berlangsung tidak kurang seminggu. Tambahan pula, nama buruk Najib berkaitan kes Altantuya yang tersebar luas menyebabkan rakyat tidak percaya dengan janji-janji manisnya lagi, apatah lagi untuk mengharapkannya menjadi PM yang disayangi.









Kemenangan ini merupakan petanda dan bukti rakyat Perak mahu pembubaran Dewan Undangan Negeri supaya PRU seluruh negeri diadakan semula. Rakyat menolak dari dipimpin oleh perasuah.























Merayulah pada ALLAH dengan SABAR dan berDOA





.





.










Saturday, April 4, 2009

Reformis dunia ISLAM




"surat ini daripada Umar bin al-Khatttab kepada Abu Ubaidah al-Jarrrah. Kamu perlu menakluk Damsyik terlebih dahulu kerana ia adalah benteng dan pintu masuk ke Syam. Kemudian terus mara ke palestin dan Jordan. Biarkan Maharaja Rom dan tenteranya sibuk membuat persiapan berperang di kota Fihl. Sekiranya mereka meninggalkan kota Fihl bagi mengejar kamu segeralah menuju ke kota Fihl. Selepas kota Fihl ditakluk, lantik Syarhabil bin Hasanah bagi menakluk Jordan dan Amru al-Ash menakluk Palestin. Dan kamu bersama-sama Khalid al-Walid terus menuju ke Hims. Apabila tiba di Hims tunggu perintah daripada saya seterusnya"



Begitulah isi surat Umar bin al-Khattab kepada panglima Ubaidah al-Jarrah, yang baru sahaja memenangi tentera Pom di Yarmuk. Tentera Rom yang berlipat kali ganda lebih ramai daripada tentera Islam dapat dikalahkan dengan semangat Jihad yang kuat disertai keyakinan yang begitu teguh.



Disamping mempunyai Khalifah yang tegas dan mahir dalam peperangan, kejayaan umat islam dapat dicapai dengan penyusunan strategi yang begitu teliti dan rapi. Terserlah, betapa peri pentingnya pentadbiran yang teratur dalam meraih kejayaan di dalam sesuatu bidang.



Kejayaan Umar al-Khattab menawan 2/3 dunia di waktu zaman pemerintahannya sebagai khalifah Islam yang ke-2. Sejarah ini amat penting dan perlu diambil Ikhtibar oleh semua pejuang-pejuang masa kini. Kecekapan Umar al-Kattab melantik dan memilih panglima-panglima di setiap medan peperangan membantu kemenangan Islam walaupun siapa yang dilawannya.



Selain itu, mengenal pasti kawasan dan ketua musuh juga faktor yang dititik beratkan oleh Umar al-Khattab dalam menyusun strategi perang. Sebagai pendakwah dan pejuang Islam kini, kita juga harus melihat aspek ini dalam menyebarkan Islam.



Bersama menghayati sejarah para sahabat dalam menyebarkan Islam di seluruh dunia.






merayulah pd ALLAH dgn
berSABAR dan berDOA

.









Friday, April 3, 2009

Juara rempit!

salam sejahtera..



Hari nie dah 2 pepar exam final habis sudah. Setelah semalam bertungkus -lumus study di bilik dengan rakan sekelas. Nak masuk dewan exam pun lambat bila slip exam tak terprint lagi.



Sedang sibuk jawab exam hanphone bebunyi pulak. Buat muka selamber je la, fikirkan pemeriksa dewan exam tak perasan dengan bunyi itu. Rupanya! kantoii..
bunyi hanset ye? tanya kakak yang jaga dewan exam. Aku angguk perlahan je bertambah muka yang selamber dan ketawa kecil dalam hati.


Se on je hanphone lepas habis exam, satu message masuk. Rupanya seorang kawan ajak bejumpa ada sedikit perbincangn. Terus je aku tekan butang call pada samsung hitamku, tut.. tut.. tut.. call ku tak dijawab. Penat di kepala terasa bila tak da respon di hujung talian betambah dengan penat exam sebentar tadi.



Walaupun, agak penat gagah juga aku merempit untuk berjumpa kawan di luar kampus. Tercatat sejarah, apabila aku merempit moto kriss merahku 120km/jam. Menggigil juga dalam hati, tapi terpaksa kerana aku sudah tersangat lambat.