Friday, April 3, 2009

Juara rempit!

salam sejahtera..



Hari nie dah 2 pepar exam final habis sudah. Setelah semalam bertungkus -lumus study di bilik dengan rakan sekelas. Nak masuk dewan exam pun lambat bila slip exam tak terprint lagi.



Sedang sibuk jawab exam hanphone bebunyi pulak. Buat muka selamber je la, fikirkan pemeriksa dewan exam tak perasan dengan bunyi itu. Rupanya! kantoii..
bunyi hanset ye? tanya kakak yang jaga dewan exam. Aku angguk perlahan je bertambah muka yang selamber dan ketawa kecil dalam hati.


Se on je hanphone lepas habis exam, satu message masuk. Rupanya seorang kawan ajak bejumpa ada sedikit perbincangn. Terus je aku tekan butang call pada samsung hitamku, tut.. tut.. tut.. call ku tak dijawab. Penat di kepala terasa bila tak da respon di hujung talian betambah dengan penat exam sebentar tadi.



Walaupun, agak penat gagah juga aku merempit untuk berjumpa kawan di luar kampus. Tercatat sejarah, apabila aku merempit moto kriss merahku 120km/jam. Menggigil juga dalam hati, tapi terpaksa kerana aku sudah tersangat lambat.

No comments: