Sunday, August 23, 2009

sudaH bErsedia.?

bismillah..
asSalamualaik..



1 Ramadan kali ini bermula dengan hari sabtu. sunyi sepi di kamar kediman begitu mengenakkan untuk tidur, apatah lagi hari cuti begini. setiap detik dihutung samaada diisi bersama bantal dan tilam atau kumandang bacaan ayat suci Al-Quran.


ayuh!! khummu..

beribadah di bulan ramadan, ganjarannya bergada berbanding bulan2 lain. ringankan tulang untuk meraih keuntungan yang berlipat ganda ini. peluang yang tidak pasti masih terbuka atau tidak untuk esok dan tahn depan. dapatkannya dan nikmatinya sebaik mungkin.



pastikan kit anda lengkapsebelum memulakan perjalanan


Periksa dirimu, adakah kau betul2 sudah bersedia mentarbiah dirimu untuk mendapatkan keuntungan ini. kemudahan yang diberikan akan dapat terus dirasai walau ia berlalu..







merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan berDOA

Saturday, August 22, 2009

mAdRsaH Ramadan..

Bismillah..



AsSalamualaik..






Sekian lama mengepi, tanpa up date dan tanpa kunjungan..












Alhamdullah..


keberkatan ramadan, memberi semangat baru untuk terus maju dan maju kehadapan.


syukur, pada pencipta yang memberi ruang dan pelung sekali lagi untuk menduduki madrasah ramadan tahun ini.














Dengan tarbiah yang disediakan oleh Maha Bijaksana di Ramadan ini, harap dapan memperbaiki diri menjadi hambanya yang lebih takwanya. Dari segi perbuatannya,kata-katanya dan hatinya.




Di samping ketakwaan kepada penciptanya, tanggungjawab sebagai khalifah di bumi tidak ketinggalan. Agar masyarakat di sekeling terasa sama tarbiah ini.



merayu dan bErdoalaH meMinTa kpD ALLAH


Monday, July 13, 2009

Majunya diri untuk keredhoan-MU

kehidupan sebagai hambanya diteruskan walau pelbagai liku-liku dan duri-duri mengelilingi. segalanya menjadi mudah dan lancar dengan bantuan yang MAHA ESA.

alhamdulillah..

insan di sekeliling menjadi teman....

merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan berDOA

Wednesday, June 24, 2009

cinta hingga ke SYURGA



B4 solat tahajud bclah surah al_imran: 190-200

إنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ﴾٭190*


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;[190]


﴿الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّار﴾٭191*

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [191]


رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ﴾٭192*


Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;[192]



رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَار﴾ِ٭193*


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; [193]


رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ ﴾٭194*


Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". [194]





فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّن عِندِ اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ﴾٭1
95*


Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". [195]


لاَ يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُواْ فِي الْبِلاَدِ﴾٭196*


Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). 
[196]


مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ﴾٭197*


(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.[197]



﴿
لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْاْ رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلاً مِّنْ عِندِ اللّهِ وَمَا عِندَ اللّهِ خَيْرٌ لِّلأَبْرَارِ﴾٭198*

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). [198]



﴿وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلّهِ لاَ يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ﴾٭

199*


Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. 
[199]



﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾٭200*


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [200]







Fahami!!

dah hayati maksudnya

merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan berDOA

Tuesday, May 26, 2009

Perak... ape dah jadi?

Assalamualaik,



Sehingga kini, situasi pentadbiran di negiri yang amat mengagungkan kedaulatan sultan masih belum stabil. Rakyat membuat tunjuk perasaan di sana-sini, menunjukkan rasa tidak berpuas hati denagn apa yang berlaku.











Sehingga ada yang sanggup mogok lapar. Bukan hanya mogok lapar, malah ada juga yang sanggup disumbatkan ke dalam lokap untuk beberapa hari. wang ringgit juga dikobankan untuk membebaskan rakan-rakan dan saudara terdekat bagi memebebaskan mereka dari sangkar di baklai polis.




Walau apa juga cabaran, hati-hati mereka tetap tabah..

Kerana ingin melihat keadilan tertegak di negeri PERAK..




merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan
berDOA

Sunday, May 24, 2009

DUN perlu diBUBARkan



DEmi memastikan hak dan kuasa rakyat tidak dicabuli, pembubaran dun di Perak harus disegerakan. Rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin kesayangan meraka untuk memimpin dan mentadbir serta memerintah di tanah tumpahnya darah mereka.



Mahkamah tidak berkuasa melantik Menteri BEsar,ini akan memusnahkan sistem demokrasi yang wujud di Malaysia amnya dan di Perak khususnya. Dengan menggunakan kuasa mahkamah dan tipu muslihat ditambah jug dengan rasuah untuk mendapatkan kuasa akan menyebabkan rakyat semakin membenci.



Pembangunan ekonomi di Perak akan terganggu dengan pertukaran MB dalam tempuh yang sangat singkat. Pelabur-pelabur luar yang ingin melabur di negeri perak akan lari apabila melihat situasi politik yang tidak stabil.






Projek-projek pembangunan besar-besaran yang memerlukan kelulusan dari kerajaan negeri akan tergendala, sekaligus membantutkan kemajuan yang sepatutnya bercambah pesat di perak





merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan berDOA





Monday, May 18, 2009

Paksi utama pemerintahan ISLAM

1. ILmu Para ulama'

2. Keadilan para Umarak



3. Amanah para pedagang

4. Nasihat para profesional

5. Keikhlasan para ibadah






merayulah pd ALLAH dgn berSABAR dan berDOA