Thursday, November 22, 2012
Friday, April 8, 2011
setelah sekian lama
Selain itu pernah suatu hari seorang sahabat ditanya tentang maksud takwa itu maka dijawabnya, "takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati2 dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera".
Begitulah kita dalam melalui hidup kita sehari2, perlu sentiasa berhati2 agar tidak melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah terhadap amal perbuatan kita.
Maksud Firman Allah : "(Orang yang bertakwa itu) Mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau serta yakin akan hari akhirat. Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh kejayaan." (Surah Al-Baqarah, Ayat 3-5)
Monday, September 28, 2009
Monday, September 14, 2009
Ditinggal buat kesekian kalinya
Assalamualaikum..
Masih belum terasa puas untuk bersama, terpaksaku pasrah dengan dengan takdir ini. Harusku merebut sisa-sisa masa sedikit berbaki ini untuk yang tebaiknya. Masih sempatkah dengan sekelumit masa ini untuk menjadi bekalan rindu untuk menemuimu tahun hadapan.

Awan yang menebal, terpasa menitiskan airnya hari demi hari. Waluapun renyai-renyai, untuk meringankan bebanan rindu yang tidak mampu lagi dipikul.


ya Ramadan!!
bisakahku temui kau lagi tahun depan.

Saturday, September 12, 2009
Aku merinduimu
harusku mencarimu.

Bila?
bisaku bertemu denganmu.
Adakah?
ku layak bertemu denganmu.

Bagaimana?
harusku lakukan,
agar pertemuan ini,
satu kenyataan..
agar terubat kerinduaan..

oh!! Tuhan..
ya!! Rambbi..
Hanya padaMU,
Aku merayu,
Berikanlah padaku..
kurniaan yang mulia ini.

ya!! Allah, Rabbul alaminn..
Aku merintis padaMU,
mengharap pengampunanMU,
mendamba kasih sayangMU.

Sunday, August 23, 2009
sudaH bErsedia.?
asSalamualaik..
1 Ramadan kali ini bermula dengan hari sabtu. sunyi sepi di kamar kediman begitu mengenakkan untuk tidur, apatah lagi hari cuti begini. setiap detik dihutung samaada diisi bersama bantal dan tilam atau kumandang bacaan ayat suci Al-Quran.
ayuh!! khummu..
beribadah di bulan ramadan, ganjarannya bergada berbanding bulan2 lain. ringankan tulang untuk meraih keuntungan yang berlipat ganda ini. peluang yang tidak pasti masih terbuka atau tidak untuk esok dan tahn depan. dapatkannya dan nikmatinya sebaik mungkin.

pastikan kit anda lengkapsebelum memulakan perjalanan
Saturday, August 22, 2009
mAdRsaH Ramadan..
AsSalamualaik..
Sekian lama mengepi, tanpa up date dan tanpa kunjungan..

Alhamdullah..
keberkatan ramadan, memberi semangat baru untuk terus maju dan maju kehadapan.
syukur, pada pencipta yang memberi ruang dan pelung sekali lagi untuk menduduki madrasah ramadan tahun ini.

Dengan tarbiah yang disediakan oleh Maha Bijaksana di Ramadan ini, harap dapan memperbaiki diri menjadi hambanya yang lebih takwanya. Dari segi perbuatannya,kata-katanya dan hatinya.
Di samping ketakwaan kepada penciptanya, tanggungjawab sebagai khalifah di bumi tidak ketinggalan. Agar masyarakat di sekeling terasa sama tarbiah ini.